Peraturan di Villa JDT

Syarat dan Peraturan di Villa JDT.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami mengalu-alukan kedatangan and ke Villa JDT. Berikut merupakan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang menginap di sini: 

  1. Hanya tetamu MUSLIM yang terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram sahaja dibenarkan menginap. 
  2. Waktu Check-in 3 petang hingga 10 malam dan Waktu Check-out 11:00 tengahari. Sila patuhi masa check in/check out yang betul. Sila SMS/WhatsApp saya setengah jam sebelum check in/check out. Sekiranya tiada pelanggan baru yang ingin check-in pada hari itu, masa check-out boleh dilanjutkan dengan kadar RM50/jam atau dengan persetujuan budi bicara. (Dengan syarat tiada customer pada hari berkenaan).
  3. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke rumah. Minuman keras/alkohol atau bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh Pihak Berkuasa seperti senjata api, bahan letupan, dadah, ganja, syabu dan lain-lain tidak dibenarkan sama sekali.
  4. Menjaga Kebersihan di dalam dan di luar rumah. Sila buang sampah/sisa ke dalam bakul atau tong sampah yang disediakan.
  5. Sila cuci atau basuh dan kembalikan ke tempat asal semua peralatan pinggan-mangkuk yang telah anda gunakan.
  6. Sila jemur tuala atau pakaian basah di ampaian yang disediakan di hadapan rumah kediaman.
  7. Menggunakan kemudahan yang disediakan dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup lampu, kipas, paip air dan aircond jika tidak digunakan.
  8. Meletakkan kenderaan dengan berhemah dengan tidak mengganggu lalu lintas dan menimbulkan kemarahan jiran-jiran.
  9. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak jiran di taman perumahan ini. Elakkan daripada membuat bising selepas jam 10 malam.
  10. Jangan tinggalkan apa jua barang berharga di dalam rumah. Pastikan pintu, gril dan pagar dikunci, samada ketika anda sedang berada di rumah, mahupun apabila anda meninggalkan rumah walaupun untuk seketika. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab atas apa jua kejadian atau kehilangan barang berharga semasa anda menginap di sini.
  11. Bilik air ~ Elakkan daripada membuang sesuatu (terutama tuala wanita) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat. Sila buangkan ke dalam bekas yang disediakan.
  12. Laporkan sebarang kerosakan/kejadian tidak diduga yang berlaku. Wang cengkeram (sekiranya ada) anda mungkin dikira sebagai gantirugi/pampasan ke atas kerosakan/kejadian tersebut yang berlaku akibat kecuaian/kelalaian anda.
  13. Jika anda mengubah kedudukan sebarang perabot dalam premis, sila letakkan dan susun kembali di tempat asal sebelum anda check-out.
  14. Dilarang merokok di dalam homestay. Denda RM100 akan dikenakan sekiranya merokok di dalam rumah.
  15. Dilarang mencuri barang/alatan di dalam homestay.
  16. Deposit sekuriti akan dipulangkan sekiranya tiada kehilangan/kerosakan pada peralatan dan kemudahan homestay.
  17. Pembatalan tempahan perlu dibuat segera dan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh check-in. Pembatalan lewat akan menyebabkan deposit tidak akan dipulangkan.
  18. Dilarang membuang sampah atau mengotorkan kolam renang. Pastikan ada penjaga yang mengawasi anak-anak yang mandi di kolam. Dilarang membuang air kolam renang.
Kami berharap anda selesa dan seronok menginap di Villa JDT. Semoga berjumpa lagi di masa akan datang.

Love, Ali


Comments

Popular posts from this blog

Villa JDT dengan Private Pool